Sunday, March 18, 2012

Warkah Cinta Mat Rock

Sabtu, 17 Mac 2012





Sinopsis: Cerekarama minggu ini membawa drama bertajuk Warkah Cinta Mat Rock yang mengisahkan seorang rockers tegar bernama Eddie yang bekerja sebagai seorang mat dispatch. Kisah bermula apabila Eddie terpikat dengan Nina, seorang eksekutif baru di syarikat dia bekerja. Setiap hari, Eddie akan lalu di tempat Nina hanya kerana hendak melihat Nina. Nina mula merasa rimas dengan Eddie. Nina menegaskan yang dia tidak mungkin menerima seorang penghantar surat seperti Eddie. Malah, Nina turut memarahi Eddie kerana sering mengganggu hidupnya. Kata-kata Nina agak keterlaluan sehingga Eddie merasa benar-benar terhina. Lakonan Shahnaaz Ahmad, Nur Fathia dan ramai lagi.

Aku Masih Dara

Pelakon : Raja Farah, Asyraf Muslim, Norliana Samsuddin, Farid Kamil, Diana Amir, Reanna
Sofea (Raja Farah) , Hani (Diana Amir) dan Aleesya (Yana) merupakan kawan baik walaupun berlainan latarbelakang. Masing masing mempunyai pandangan yang berbeza tentang islam. Setiap malam mereka akan ke disko dan melakukan maksiat. Sofea berbeza , beliau hanya menyimpan “mahkotanya” untuk seorang lelaki yang akan membimbingnya ke jalan allah. Kemunculan Daus (Ashraf Muslim) mengubah persepsi Sofea terhadap islam. Sofea ingin berubah, malangnya ditentang oleh dua rakan karibnya. Saksikan Aku Masih Dara untuk mengetahui kesudahan filem yang menginsafkan ini

Saturday, March 17, 2012

Bicara Hati [Episod 1-11]







Bicara Hati (2012)
Sebuah drama bersiri yang diadaptasi dari novel terlaris. Saksikan lakonan mantap Sharnaaz, Cris Cempaka, Marsha dan ramai lagi.
Showing Time3 Jan 9:00 pm ( 60 minutes )
Classification - Universal
Genre - Movie, Drama
Sub Genre - DRAMA SERIES
Running Time - 60 minutes

Aku Tak Bodoh





Pelakon : Riezman Khuzaimi, Amy Mastura, Namron, Adibah Noor, Wan Noor Aizzat, Rohaizat Hassan, Suhairri Sunari, Jalaluddin Hassan

Sinopsis
Berkisarkan tentang seorang pelajar bernama Roy, 16 tahun yang menghadapi liku-liku hidup remajanya. Seperti remaja yang lain, Roy cuba memahami kata neneknya yang menegaskan bahawa adat orang melayu menuntut orang muda menghormati orang yang lebih tua dan tidak boleh melawan kata walau apa jua keadaannya. Ibubapa Roy terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk Roy dan adiknya di rumah.
Bapanya seorang pencipta program komputer percaya kritikan bapanya dahulu terhadap dirinya menjadikan dirinya seorang yang berjaya dan dia yakin tradisi ini perlu diteruskan dalam membesarkan Roy dan adiknya.Ibu Roy pula bekerja sebagai pengarang majalah senior. Mereka berusaha mengumpulkan kemewahan untuk keluarga mereka kerana menganggap itu yang paling penting dalam peranan sebagai ibubapa. Mereka juga tidak percaya pujian pada anak-anak adalah sesuatu perkara yang baik. Adik Roy juga mengalami situasi yang kritikal.
Disebabkan pemikiran komiknya, dia menyangka dirinya telah membuatkan kawan kelasnya mengandung dan cuba bertanyakan ibubapanya dari mana datangnya seorang bayi itu. Akibat kurang mendapat perhatian dari ibubapanya, Roy mula terjebak dengan kumpulan budak nakal. Dirinya semakin bertambah tertekan apabila cikgu sekolahnya selalu menyindir dirinya. Roy mula hanyut dengan perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral dan rasa dirinya dihargai dalam kumpulan tersebut. Akhirnya ibubapa Roy menyedari kesilapan didikan mereka yang menyebabkan anak-anak mereka mula bersikap pasif. Mereka berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan kembali hubungan kekeluargaan mereka.

Cuti-Cuti Cinta


Sinopsis
Eava Ealiana merupakan seorang pengarah disebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini. Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas. Pekerja-pekerjanya lebih takutkan Eava berbandibng ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy. Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah membolot harta Tan Sri Zaini.

Damping Malam

Pelakon : Amy Mastura, Ahmad Idham, Erynne Erynna, Azizah Mahzan, Eizlan Yusof, Putri Mardiana, Normah Damanhuri

Sinopsis Damping Malam:
Mengisahkan WADI (36) dengan isterinya KU KHALIRA (32) yang sudah 14 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka dikurniakan seorang saja anak perempuan kini berusia 13 tahun bernama NURAIZA. Hidup mereka serba moden. Cara hidup mereka agak terbuka dan bebas. NURAIZA pula anak yang ceria, bijak, walaupun anak tunggal tetapi dia nampak matang dalam dunianya. Disebabkan ibu dan ayahnya hidup lebih mengutamakan duniawi, maka landas agama mereka agak kurang. NURAIZA diasuh oleh ibu saudara KU KHALIRA yang tinggal bersama mereka yang dipanggil UMI SIAH(45) oleh NURAIZA. UMI SIAH seorang yang serius tetapi nampak tenang. Seakan ada rahsia disimpan sendiri-sendiri. UMI SIAH sangat menjaga NURAIZA kerana dia tahu keistimewaan yang NURAIDA ada. KU KHALIRA sentiasa menjadi bualan kegemaran para wanita yang mengenalinya kerana begitu pandai menjaga rumahtangga. KU KHALIRA dan WADI selalu melakukan yang rasional dalam apa jua hal, tidak mempercayai hal mistik, tidak membimbing keluarga ke arah agama.
<!--more-->
Kisah bermula semasa minggu orientasi NURAIZA yang berjaya masuk ke asrama penuh. Ia menjadi kebanggaan buat WADI tetapi ada sedikit kebimbangan buat KU KHALIRA yang katanya ia tidak pernah berpisah dengan anak tunggalnya itu. Ada gangguan di asrama dan sasarannya ialah NURAIZA. Selama ini NURAIZA tidak pernah melalui pengalaman menyeramkan itu, maka datang trauma dalam dirinya. Dia tidak pernah diajar dengan doa atau ayat melindungi dirinya maka NURAIZA jadi tidak menentu dan gangguan tetap berterusan bukan saja kepada dia tetapi juga kawan-kawan yang ada dekat dengannya. Di sana juga dia mengenali rakan sebilik dan sekelasnya, HASNI dan SYARIFAH. Dia juga mengenali seterunya yang sentiasa kurang senang dengannya iaitu ERNA dan NADIA yang tua dua tahun daripadanya tetapi bilik mereka berhampiran. NURAIZA belajar mendekatkan diri dengan pendidikan Islam bersama HASNI dan SYARIFAH. Gangguan tetap ada. Datang pula kenakalan ERNA dan NADIA yang mahu mengenakan NURIZA, lalu mereka main seru roh guna papan ouiji, maka NURAIZA mula nampak seorang budak perempuan yang sebaya dengannya berlegar sekitar asrama.

Yang menakutkannya, budak itu sentiasa tunduk, tidak pernah nampak wajahnya dengan jelas tetapi setiap kali dia berjalan, dia akan seret kaki dan ada darah sedikit-sedikit menitik ke lantai dari tangan kanan dan kirinya. NURAIZA saja yang nampak dan ia semakin menakutkan NURAIZA sehingga membuatkan NURAIZA histeria. Bagi ERNA pula itu semua lakonan dan tipu helah NURAIZA untuk tarik perhatian. Sehinggalah ERNA dan NADIA sendiri diganggu tetapi dengan makhluk halus yang lebih menakutkan. WADI dan KU KHALIRA dimaklumkan, mereka datang dan bawa NURAIZA pulang untuk merawatnya. UMI SIAH terlalu menjaga keselamatan NURAIZA maka tegas tidak benarkan NURAIZA ke asrama semula tetapi WADI tidak setuju. KU KHALIRA sedih dan bimbang melihatkan anaknya sudah tidak ceria seperti dahulu. NURAIZA beritahu apa yang dia nampak tetapi WADI tidak percaya. Apabila NURAIZA sudah sembuh, dia pulang semula ke asrama dan gangguan tetap datang setiap malam dan di asrama tidak aman lagi sejak NURAIZA ada di sana.

Apabila NURAIZA tidak ada semula di rumah, rumah WADI tidak sama seperti dulu, kesuraman terasa, ada gangguan yang NURAIZA lalu, juga menganggu penghuni rumah WADI. KU KHALIRA mengesyaki UMI SIAH ada muslihat lain dan gangguan yang datang pada anaknya disebabkan niat jahat UMI SIAH, kerana apabila dia beritahu suaminya, keturunan ibu saudara dan arwah ibunya iaitu RAJA SARAH pernah menggunakan pendamping menjaga keluarga tetapi dia tidak pernah suka dan tidak percaya semua itu. WADI mula mengesyaki juga UMI SIAH sehingga ada insiden yang berlaku buatkan WADI percaya UMI SIAH mahu menganiaya keluarganya lalu dia menghalau UMI SIAH dari rumah. UMI SIAH cuba terangkan keadaan sebenar tetapi WADI tidak mahu dengar dan tidak mahu tahu. Kemudian datang tetamu baru di rumah mereka. USTAZ BAKRI (36) ialah sahabat lama WADI sejak dibangku sekolah. Dia baru balik dari kerjanya di Mesir. USTAZ BAKRI terasa unsur negatif itu di rumah WADI dan meminta WADI banyakkan solat di dalam rumah dan amalan agama semula yang sudah jauh ditinggalkannya. Apabila WADI yang sering diganggu itu, mula cuba berjinak mengenal diri kembali dalam agama Islam, amukan berlaku dan dia mula nampak apa yang selama ini dia tidak pernah nampak. Nantikan kesudahannya dalam DAMPING MALAM…

Double Trouble Live Concert In JB 2010






senarai lagu

(search dan wings)

gemuruh
lipas kudung
gema inderaloka
pelesit kota
gothic malam edan
balada pemuzik jalanan
opera hidup
isabella
isi atau kulit
pawana
cakap memang murah
drum solo
mabuk tujuh lautan
sejati
ranggi metropolis
awang trasher
medley:
- rozana
- semalam yang hangat
- gadisku
- taman rashidah utama
- meniti titian usang
- misteri mimpi syakilla
gitar solo
rock and roll lu punya suka
pasti

Ngangkung



Genre: Horror Comedy
General Release Date: 25 NOV 2010
Distributor: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Cast: Shaheizy Sam,Azad,Angah Raja Lawak,Putri Mardiana,Eira Syazira,Echa,Azlee Senario,Ruzaidi Abdul Rahman,Reanna,Mazlan Pet Pet
Director:Ismail Bob Hasim

‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya.

Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya.

Always






Synopsis: A fatal love story centered on ex-boxer Chul-min (So Ji-sub) and telemarketer Jung-hwa (Han Hyo-joo). He has closed his heart to the world and she remains spirited despite slowly losing her vision. Their fate intertwines when their past are revealed in their blooming relationship

Raja Lawak 6 [Gelanggang Minggu 1-10] [COMPLETE]







Sinopsis: Raja Lawak adalah rancangan untuk mencari bakat-bakat komedi yang baru di negara ini. Di pentas Raja Lawak ini, para peserta akan membuat persembahan/ tugasan yang di berikan bagi memastikan mereka layak di angkat sebagai Raja Lawak Astro. Setiap minggu mereka akan diberikan tema tugasan dan para peserta di kehendaki membuat satu persembahan lawak dalam masa yang di tetapkan. Persembahan mereka akan dikritik oleh pengkritik tetap. Di dalam program ini juga di paparkan segala usaha dan pelakuan mereka dalam menyahut segala tugasan yang diberika.

Selain daripada menyiapkan tugasan yang diberikan, program ini juga memaparkan aktiviti luar para peserta dan juga kejutan yang bakal diterima oleh mereka. Pembaharuan yang dibuat adalah dengan penambahan tenaga pengajar iaitu Cif Besar dan Cif Kecik yang bertanggungjawab untuk mengasah bakat dan membantu peserta merangka persembahan komedi mereka.Para penonton berpeluang untuk memilih peserta pilihan mereka dengan menggunakan SMS.

Senarai Peserta / Kumpulan Raja Lawak 6:

KUMPULAN Riki (Lyzal,Azhar,Padil)
KUMPULAN 2YoL (Lan,Ijat)
KUMPULAN Albob (Abam,Ali)
KUMPULAN Cuit (Iktiar,Azmir,Shazli)
KUMPULAN Gman (Jiggy,Man)
KUMPULAN Ketupat (Wak,Acai,Aboy)
KUMPULAN King (Raje,Farid,Kopi)
KUMPULAN Selak (Fad,Wak)
KUMPULAN Shiro (Shahrol,Ajak)
KUMPULAN Skema (Sheikh,Hafizi)
KUMPULAN Zero (Syaiful,Sharif,Atu)
KODAN (Peserta Solo)